CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 4, 2008

Lirik Dikir Barat

Artist : Halim YazidTitle : Diri Ambo :Nak Bangkit Asal

Nok bakit asal..ambo nok ghoyak titeh
Adek kakok kalu nok kenay sekali nih gak nyo buleh
Dighi ambo gelaa Halem Bin Yazid Bin Awang Teh
Asaa di kapon Changal dale jajahe pasey puteh
Duo puloh limo oktobo tahon ney puloh
Ambo lahir ko dunio di seghambi gelegaa buloh
Tika kandunge bondo dinih haghi awaa suboh
Ambo celik mato tengok aley nih lawa sunggoh

Ambo pon besaa dengaa penoh kaseh saye
Dale sebuoh basaa dighi atah tanoh oghe
Ayoh slalu tinggaa gi pagi kelik male
Kijo caghi samah seghiaa nok buwi ambo makey

Umo tujoh tahon ambo pon ngaji sekoloh
Anok mughid tigo butey kapon pakak dudok satu derjoh
Cekgu-cekgu sanjon kato hati ambo ceghoh
Tolok kali bagi capoy ambo conggok jawak mudoh
Naik tikaktey sekoloh nengoh Tok Janggok
Malu tu gak kok ghe baju caghik sluaa bughuk

Keno bayaa yurey tambey bah ngan beli bok
Ayoh tepakso juaa aye hok dio saye dale peghekok
Peghekso spm ambo buleh gerek satu
Naik tikaktey ney keno pindoh ko sekoloh baghu
Di sekolah menengoh Kamey hati ambo betaboh saghu
Sain sekelah oghe seney-seney nok masuk dekak ambo raso malu

Bosey ko drebaa bah dok mitok pitih haghi-haghi
Doh tambey hok bule lepah ngaa bule nih tok bayaa lagih
Bekali ambo ni hagah hai tok padey gak dengaa bodi
Ambo lopak tughun bah galah bek bejale kaki
Daghi kapon Changal ke Skoloh Menengoh Kamey
Sikik jale banyok benghungga ngaa airmato beliney-liney

Haghi-haghi lapaa jaghe benaa haghi kenye
Pitih pokek semenggu seghiyal pado wat beli baik ambo sipey
Haghi sekoloh umun keputuse es’ti’pi
Sain-sain maghi khumu dok pakak cuwenk dok pakak puji
Beley-beley senyun ambo tanyo bakpo gak nih
Sain kato hebaknyo mu keputuse mu tinggi sekali
Puah ayoh mikir nok caghi seghibu ghiyaa
Doh ambo keno panggey masuk ngaji di yu’ melaya’

Koghek habih tukey bawoh tuku celoh bataa
Jale yey terakhir tanoh sebutir tu ayoh juaa
Ambo tinggaa kapon denge beliney airmato
Sapaa Kualo Lupo tak dok waghih sedagho magho
Dengaa baju selaa sepunggon daftaa yu tahon tamo
India cino pakak likon kato budok daghak maghi mano

Ambo masuk yu ayoh pindoh ko guo musey
Ambo mengadak buku ayoh nebah tanoh hutey
Sedih becapo sayu ingak ko ayoh ambo soghe
Lo nih ambo gaji beghibu nok balah jaso ayoh tok padey

Nok bakit asal..ambo nok ghoyak titeh
Adek kakok kalu nok kenay sekali nih gak nyo buleh
Dighi ambo gelaa Halen Bin Yazid Bin Awang Teh
Asaa di kapon Changal dale jajahe pasey puteh

Lagu bangkit asal nie citer berkisar mengenai diri pencipta lagu tersebut iaitu Halim Yazid. Beliau menjadikan pengalaman hidupnya sebagai ilham untuk mencipta lagu. Beliau dilahirkan di daerah Pasir Puteh Kelantan. Beliau dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan, hanya menumpang buat rumah atas tanah hak milik orang lain.

Semasa berumur tujuh tahun, beliau memulakan persekolahan di sekolah rendah, kemudian meneruskan pengajian tingkatan satunya di Sekolah Mengah Tok Janggut Pasir Puteh.
Selepas menamatkan tingkatan 5 dengan memperolehi Gred 1 dalam peperiksaan SPM, beliau kemudiaanya meneruskan pengajiannya ditingkatan enam Sekolah Mengah Kamil. Jika dihayati lirik lagu yang ditulis beliau amat menyentuh hati, pelbagai perit jerih terpaksa beliau lalui dalam menempuhi alam persekolahannya. Namun beliau sungguh cekal, akhirnya beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam keputusan peperiksaan STPM, beliau diterima untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Walau pada ketika itu peluang belajar peringkat yang lebih tinggi kurang bagi masyarakat di luar bandar terutama di kampung- kampung, namun beliau telah membuktikan bahwa beliau mampu mengubah persepsi tersebut.

Melalui lagu ini jugak beliau turut menyatakan jerih perih ibubapanya mencari rezeki untuk menampung beliau belajar di universiti dan turut menampung adik- adiknya yang lain. Namun kesusahan yang dialami tersebut telah membakar semangatnya untuk terus belajar bersungguh dan seterusnya memperolehi segulung ijazah. Pada beliau, ijazah yang diperolehiny tersebut adalah hadiah paling berharga buat ibu dan bapanya.

Lagu yang dicipta beliau ini sangat berguna untuk memotivasi para pelajar supaya sentiasa berlajar bersungguh, capai cita- cita walau bagaimana cara sekalipun. Pelajaran boleh mengubah hidup seseorang untuk menjadi insan yang lebih berguna dan disanjung ramai.



1 comments:

Fariz Azhar said...

summary lagu nampak...terima kasih...

p/s:jalan2 blog...