CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 19, 2008

Pakaian

PAKAIAN



Dalam persembahan dikir barat dahulu, sebenarnya tidak mempunyai pakaian tertentu atau menarik untuk dipakai oleh juara, tukang karut mahupun awok-awok.Tetapi pada masa sekarang ini pakaian menjadi salah satu faktor penonton suka untuk menonton persembahan dikir barat.


Kini biasanya Tukang Karut dan Juara akan memakai pakaian songget seperti pengantin lelaki yang mahi menaikki pelamin. Kos untuk membuat pakain semasa berdikir agak mahal kerana biasanya menggunakan songket asli.

Bagi kumpulan dikir barat yang mahu menyertai pertandingan, pakaian yang cantik serta memukau menjadi pilihan, kerana markah turut diberikan untuk kesesuai berpakaian. Biasanya pakaian tradisional akan menarik perhatian juri memberi markah yang baik.





Pakaian Awok- Awok mesti seragam dan menarik. Walau tidak menggunakan bahan dari kain songket, tapi fesyen berpakaian Awok- Awok biasanya menyamai pahlawan- pahlawan dahulu.



Tuesday, March 11, 2008

Pengajaran Dalam Dikir Barat

Anak Tupai (Halim Yazid)
Ado seko anok tupa,atah jula mokte,
kudung ekor perut lapa,jale cari make, (x2)
UlangKejadie tuhe,dipanggil namo tupa,
asalnyo dale hute,sejenis mamalia,
Kalu pakat jakkit kot dahe,diolah yang paling panda,
Jatuh jare jare,kerano dio tok soba,
Panda panda tupa nompat,jatuh tanoh jugok,
nok bui kaba ore jahat,jange tlajok manggok,(X2)
Ore jame aritu,pakat hambak tupa,
bimbe ko buoh kayu,takut dok de besar,
nyo durie duku,kalu de nya kerik tupa,
pendek tahun tu,nyo durie tok de nok jual,
Ore sekapung, tupa seko,berambat hari hari,
Nyo pakat likong, nyo pakat plekong,tupa tokleh lari (x2)
Takat bedil ado,tupa habih mati,
hok ni la sayo raso,kito sangat rugi,ulang
Kito maknusio,tinggi mano pun kito ngaji,
nok buat tupa seko,tetu skali doh tok jadi,
Lo ni kapung,atah pagar,jare buleh tengok,
bapok tupa, ibu tupa,jale bawok anok, (X2)
raso kesie sungguh,tengok seko anok tupa,
kerano tlajok kuruh,sapa tokleh nok niti pagar,
bulu bulu pun habih luruh,
airmato dera bera,
mari dale baruh,bekali keno rajuk pagar
Lagu anak tupai hasil karya Halim Yazid nie bukan sekadar untuk hiburan semata- mata, tetapi turut mempunyai mesej yang berguna kepada kehidupan dalam masyarakat kita sekarang ini. Mesej pertama yang ingin disampaikan dalam lagu ini ialah ingatan kepada masyarakat supaya jangan terlalu bertindak mengikut hawa nafsu. Ini kerana, sepandai- pandai tupai melompat akan jatuh ketanha juga, memberi makna selicik-licik mana pun orang yang melakukan perkara yang bermoral akhirnya akan diketahui juga. Sekiranya seseorang individu tersebut terlibat dalam gejala negatif seperti menyalahguna dadah, lumba haram, mencuri dan sebagainya akhirnya individu tersebut akan ditangkap jugak.
Mesej seterusnya yang dapat dikenal pasti terdapat dalam lagu nie ialah tentang keagungan ciptaan Allah SWT. Menurut pencipta lagu, walau setinggi manapun ilmu yang ada pada seseorang individu yang bergelar manusia, tetapi manusia tidak mampu untuk mencipta seekor tupai. Oleh itu sebagai manusia kita dinasihatkan supaya jangan menganggap tupai sebagia musuh dan jangan terlalu teruja untuk membunuh tupai keranan tupai juga ciptan Allh SWT yang unik dan berhak untuk sama- sama menghuni alam ciptan Allah.

Dikir Barat Di Institusi Pengajian Tinggi

Dikir Barat
Seni Teater Warisan Melayu Dikir Barat semakin popular dipersembahkan dalam sebarang acara khas di institusi- institusi pengajian tinggi tempatan kini. Pelajar- pelajar institusi pengajian tinggi semakin berminat untuk menyertai pasukan dikir barat kerana selain memberi hiburan dikir barat boleh merapatkan hubungan antara ahli-ahlinya. JIka dulu persembahan dikir barat hanya digemari oleh petani- petani dikampung tetapi kini, Dikir BArat telah dapat diterima di institusi pengajian tinggi.

Ini terbukti kerana terdapat banyak institusi pengajian tinggi telah menghantar wakil untuk menyertai pelbagai pertandingan dikir barat baik diperingkat negeri mahupun peringkat kebangsaan. JIka dahulu Dikir BArat sekadar untuk hiburan, namun kini dengan penglibatan para pelajar institusi pengajian tinggi dikir barat dilihat sebagai satu saluran untuk meyampaikan mesej yang dapat memberi pengajaran kepada masyarakat umum. Contohnya mengenai kepentingan mengamalkan "Budi Bahasa Dalam Masyarakat", "Semangat Patriotisme Kepada Negara" dan sebagainya.

Selain itu dikir barat juga boleh dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris. Penglibatan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan penggunaan Bahasa Inggeris dalam persembahan dikir barat adalah satu untuk menjadikan dikir barat sebagai satu budaya negara yang diminati semua kaum. Ini bagi membolehkan nilai- nilai positif yang ada dalam budaya atau seni Dikir Barat boleh dikongsi dan seterusnya boleh diterima oleh semua kaum yang ada dalam negara kita.

Patriotisme Melalui Dikir Barat

Patriotisme Dalam Dikir Barat

Dikir barat juga boleh digunakan sebagai medium untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat negara ini. Melalui persembahan dikir barat mesej patriotisme lebih terserlah dan lebih menarik kerana menggunakan bentuk persembahan tradisional.Ini kerana, di samping berhibur, kita boleh mendidik orang ramai terutamanya generasi muda tentang sejarah negara kita.
Dalam hal ini Juara dan Tukang Karut berpeanan untuk mepersembahakan puisi- puisi yang bercorak patriotisme yang unik agar mesej yang disampaikan pendikir itu diharap dapat diterima ramai dan mampu memupuk semangat cintakan negara.
Tambahan pada masa sekarang nie dikir barat bukan lagi dianggap kebudayaan orang Timur sahaja, tetapi dikenali sebagai seni budaya tradisional Malaysia.
Keunikkan budaya ini dapat digunakan untuk menyemai serta meningkatkan semangat cintakan negara dalam kalangan penonton terutamanya generasi muda.
Dibawah nie terdapat lirik lagu dikir barat oleh Cikgu Naim yang mempersoalkan erti kemerdekaan yang kita dapat, tetapi kebanyakan daripada masyarakt kita masih belum sedia menerima perubahan dan tidak bersedia untuk berubah menjadi lebih baik. Lirik lagu nie mempunyai baknyak maksud yang tersirat untuk anda semua fikirkan.
Dikir Barat: Dilema Melayu Kita
Nyanyian :Cikgu Naim
Apa erti kemerdekaan
Bagi umat Melayu kita
Tak boleh terima perubahan
Anak cucu berputih mata
Orang lain rebut peluang
Sanggupkah tengok saja
Masa tetap berjalan
sesaat tak tunggu kita
Dilema..Dilema...Dilema Melayu kita.
Bangsa lain hidup bersatu
Kita balah sama sekampung
Bangsa lain semakin maju
Bangsa kita masih mundur
Orang cakap percaya selalu
Hangguk kepala macam Jepun
Ikut stail dulu-dulu
Jadi katak bawah tempurung
Dilema...Dilema...Dilema Melayu kita.
Rumah orang rumah batu
Rumah kita rumah atap
Rumah orang pagar batu
Rumah kita pagar kawat
Rumah orang karpet baldu
Rumah kita tikar berkarat
Masa bekwah nyambut menantu
Patah gelegar cabut tukar
Dilema...Dilema...Dilema Melayu kita
Kereta orang kereta Mercedes
kereta kita Morris Minor
Kereta orang asap nipis
Kereta kita asap berbunga
Kereta orang hidup dengan suis
Kereta kita tolak sokmo
Beli baru pakai pitih
Beli beras pun hutang sokmo
Dilema...Dilema...Dilema Melayu kita
Anak orang naik kapalterbangA
nak kita naik teksi
Anak orang makan hotel
Anak kita kedai kopi
Anak orang jadi towkey
Anak kita jadi kuli
Habih pitih tengah bulan
Barang bini gadai lagi
Dilema...Dilema...Dilema Melayu
kitaAnak orang jadi peniaga
Anak kita jadi petani
Anak orang baju cap buaya
Anak kita baju guniAnak orang bahagia
Anak kita makin dok pening
Jadi mangsa dadah ganja
Jadi mangsa budaya kuning
Dilema...Dilema...Dilema Melayu kita
Anak orang baca buku
Anak kita duduk merap
Anak orang masuk U
Anak kita masuk lokap
Anak orang minum susu
Anak kita togok ubat
Macamana kita nak maju
Kalau tak boleh berubah sikap
Dilema...Dilema...Dilema Melayu kita
Anak orang dok masjid
Anak kita tepi jalan
Anak orang duduk beratib
Anak kita duduk gewey
Anak orang perangai baik
Anak kita serupa setan
Dok cari bala penyakit
Tok sah fikir fikir masa depan
Dilema...Dilema...Dilema Melayu kita.

Sunday, March 9, 2008

Kebaikan Dikir Barat

Kebaikan Dikir Barat

Komunikasi yang berkesan memainkan peranan untuk rakyat mendapat maklumat dengan cepat dan tepat supaya dapat bertindak secara positif.

Dikir Barat mampu menyampaikan mesej secara langsung dan spontan melalui peranan yang dimainkan oleh Juara dan Tukang Karut.
Mewujudkan interaksi dan perhubungan mesra masyarakat umum.
Menghidupkan dan mencungkil bakat seni Dikir Barat yang bermutu tinggi.

Meningkatkan semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan generasi muda.

Menggalakkan belia melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah sekali gus menyelamatkan diri mereka daripada terjebak dengan gejala- gejala yang negatif.
Mengembangkan bakat dan potensi yang sedia ada di belia.
Mengekalkan teater tradisional Melayu bagi Negeri Kelantan khususnya.
Membolehkan generasi akan dapat terus mnegenali dikir barat.
Memperkenalkan teater Melayu yang unik ini kepada masyarakat luar
Mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli masyarakat tanpa kira bangsa dan agama.

Pertandingan Dikir Barat

Pertandingan Dikir Barat








Pertandingan dikir barat menjadi acara tahunan rasmi sekarangbagi banyak agensi-agensi swasta dan jabatan- jabatan kerajaan. Pelbagai objektif dikenalpasti mengapa kebanyakan kebanyakan sesebuah jabatan atau agensi kerajan atau swasta menganjurkan persembahan dikir barat. Objektif yang biasa diutarakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara ahli- ahli dalam setiap jabatan. Ini kerana persembahan Dikir Barat melibatkan ahli yang ramai dan setiap ahli perlu mempunyai semangat kerjasama yang tinggi bagi memastikan kumpulannya berjaya dalam sessuatu pertandingan.





Seterusnya, penganjuran dikir barat bukan hanya untuk merebut gelaran Johan atau Naib Johan atau meraih anugerah tertentu semata- mata. Tetapi penganjuran dikir barat juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi mengisi tabung kebajikan tertentu. Penganjuran Dikir Barat sering kali dianjurkankan kerana kos pengajuran untuk pertandingan dikir barat tidaklah setinggi kos bagi menganjurkan pertandingan genre muzik- muzik moden masa kini.







Dikir Barat Kini

Dikir Barat Kini

Jika dahulu dikir barat dipersembahkan sebagai hiburan semasa upaca menuai padi padi, tetapi kini, dikir barat dipesembhkan bukan untuk hiburan semata-mata, tetapi lebih berunsur untuk memberi nasihat, sindiran, pengajaran dan kritikan masyarakat.

Banyak lagu- lagu dikir barat yang dirakam kini bpleh memberi pengajaran yang yang berguna kepada pendengar dan peminat- peminat dikir barat. Kini pendikir- pendikir banyak terdiri daripada mereka yang terpelajar seperti Halim Yazid, Cikgu Sulizi, Cikgu Naim dan ramai lagi.

Lagu- lagu ciptaan Halim Yazid contohnya banyak memberi nasihat dan kesedaran kepada masyarakat tentang kebesaran ciptaan Allah. Melalui bait- bait yang terkandung dalam lagu “Anak Tupai” misalnya, ada bait yang bermaksud , walau setinggi mana taraf pengajian seseorang manusia, namun masih tidak berkeupayaan untuk mencipta seekor tupai.

Ahli Kumpulan Dikir Barat


Ahli-Ahli Kumpulan Dikir Barat



Seni Warisan Dikir Barat dipersembahkan melalui kumpulan.

Dalam setiap kumpulan dikir barat terdiri daripada seorang tukang karut, seorang juara dan beberapa orang awok- awok.


Tukang Karut


Orang yang penting dalam pasukan dikir barat . Tugasnya ialah bersyair dan berpantun.Idea, isi bahasa dan persolan yang ada dalam puisi bergantung kepada selera tukang karut itu sendiri. Tetapi biasanya idea yang disampaikan adalah secara sportan. Bagi persembahan untuk pertandingan tukang karut diberikan tema tertentu seperti “kemerdekaaan” atau sebagainya. Tukang karut secara spontan harus menyapaikan syair bertemakan tajuk yang diberikan. Biasanya seorang yang ingin menjadi tukang karut mestilah seorang yang kreatif. Kebolehan menjadi tukang karut tidak dimiliki oleh semua orang, kerana hanya individu tertentu sahaja mempunyai bakat tersebut. Tukang karut akan berinteraksi dengan penonton menerusi gelagatnya.Antara barisan tukang karut yang terkenal ialah Seman Wau Bulan, Awang Ikan Duyung dan lain ramai lagi.



Juara ( Tok Juara)


Juara orang kedua penting dalam kumpulan dikir barat. Tugas Juara adalah berdikir sebelum tukang karut mengarut. Juara hanya berdikir sambil duduk semasa persembahan dikir barat dipersembahkan.Tetapi jika seseorang Juara tu memiliki suara yang merdu secara tak langsung dapat menaikkan semangat tukang karut dan awok-awok dalam kumpulan.



Awok- Awok


Terdiri antara 15 hingga 20 orang, dan biasanya mereka dari golongan muda-mudi. Awok-awok berdikir untuk melahirkan suara latar atau korus bagi persembahan dikir barat. Mereka akan mengikut lagu yang didendangkan oleh Juara. Awok-awok juga akan mempersembahkan gerak badan tertentu untuk menarik perhatian penonton semasa dikir barat dipersembahkan.

Wednesday, March 5, 2008

Alat Muzik Dalam Dikir Barat

Alat Muzik Dalam Dikir Barat

Mulo- mulo dulu dikir barat guno satu alat adiofon jer... iaitu kecerek benda tue asal dari keping-keping buluh yang diketuk bersama untuk menghasilkan rentak irama dikir barat. Diorang tak payah tepuk tangan tapi kene letak duo belah tangan di pipi nak kasi kuat soro.
Tapi skang dikir barat guna ensembel. Alat- alat banyak sperti tetawak, dua biji rebana (ibu dan anak), sepasang rumbia (marakas), canang dan kerci. Alat muzik nie di plih juara yang reka rentak tuk seseutu dikir bara. Kat bawah nei antara alat- alat yang aku dapar cari maksud n kegunaannye........








Tetawak







Tetawak atau gong diperbuat daripada tembaga hitam dengan bingkai yang besar. Bila hendak digunakan , tetawak digantung pada ‘stand’ atau pengangkut kayu atau bumbung pentas. Jong (juru) gong akan duduk bersila di sisi tetawak dan memukul busutnya untuk menghasilkan bunyi. Bunyi pukulan tetawak lebih tinggi daripada gong. Dalam persembahan, tetawak diletakkan di bahagian tepi barisan belakang satu-satu kumpulan dikir barat.







Rebana







Rebana adalah alat membran semuka dan kulit mukanya diperbuat daripada kulit kambing. Apabila dimainkan, rebana itu diletakkan di atas tapak kaki pemainnya yang duduk bersila. Lutut kanan pemain dimasukkan ke dalam buluh rebana sehingga mencecah kulit muka untuk menghasilkan bunyi yang lebih nyaring. Untuk menegangkan kulit rebana digunakan kayu baji yang diletakkan di bawah buluh rebana dan juga seutas rotan kecil sebagai penyedak.









Marakas



Sepasang Marakas juga digunakan dalam persembahan dikir barat. Ia biasanya dibuat daripada kayu atau plastik dan tempurung kelapa. Kayu yang digunakan dilarik, dilicinkan dan dibentuk bulat seperti bola. Di dalamnya dimasukkan biji-biji batu kecil, untuk menghasilkan bunyi. Kayu pemegang dipasang untuk memudahkan pemain memainkannya.

Asal Usul Dikir Barat



Asal Usul Dikir Barat

Ape yang aku tahu, dikir barat mula sapa Tanoh Mlayu dalm 1930-an... Orang petama perkenal seni nie seorang anak tempatan iaitu Tuan Haji Mat Salleh b. Haji Ahmad. Biasanya orang panggil beliau dengan nama Mat Salleh Tape atau (Mat Leh Tape).
Sebenarnye gelaran Tape tue dapat panggilan ikut nama kampung, mungkin nama kampung dia kot... (kampung Tapang)

Ada jugak buah-buah mulut orang kata dikir barat nie asal dari selatan siam, tapi di sana demom panggil dikir karut. Tetapi sebab perkataan karut dalam dalek kelantan bermaksud tidak benar menyebabkan orang Kelantan tukar dengan panggil dikir barat iaitu merujuk kepada tempat asal dikir itu.

Teori yang kedu lak kata dikir barat asal dari Bangkat India, Dikir barat dipersembahkan untuk memuja dewa-dewa Hindu. Di India, persembahan dikir dibawa ke Siam kemudian berkembang pula ke Kelantan.

Sebenarnya bentuk asal dikir barat nie terdiri dari nyanyian juara dan awok-awok sahaja. Tetapi menurut citeri pantun-pantun yang disampaikan oleh tukang karut adalah ciptaan Mat Leh Tape.

Tuesday, March 4, 2008

Lirik Dikir Barat

Artist : Halim YazidTitle : Diri Ambo :Nak Bangkit Asal

Nok bakit asal..ambo nok ghoyak titeh
Adek kakok kalu nok kenay sekali nih gak nyo buleh
Dighi ambo gelaa Halem Bin Yazid Bin Awang Teh
Asaa di kapon Changal dale jajahe pasey puteh
Duo puloh limo oktobo tahon ney puloh
Ambo lahir ko dunio di seghambi gelegaa buloh
Tika kandunge bondo dinih haghi awaa suboh
Ambo celik mato tengok aley nih lawa sunggoh

Ambo pon besaa dengaa penoh kaseh saye
Dale sebuoh basaa dighi atah tanoh oghe
Ayoh slalu tinggaa gi pagi kelik male
Kijo caghi samah seghiaa nok buwi ambo makey

Umo tujoh tahon ambo pon ngaji sekoloh
Anok mughid tigo butey kapon pakak dudok satu derjoh
Cekgu-cekgu sanjon kato hati ambo ceghoh
Tolok kali bagi capoy ambo conggok jawak mudoh
Naik tikaktey sekoloh nengoh Tok Janggok
Malu tu gak kok ghe baju caghik sluaa bughuk

Keno bayaa yurey tambey bah ngan beli bok
Ayoh tepakso juaa aye hok dio saye dale peghekok
Peghekso spm ambo buleh gerek satu
Naik tikaktey ney keno pindoh ko sekoloh baghu
Di sekolah menengoh Kamey hati ambo betaboh saghu
Sain sekelah oghe seney-seney nok masuk dekak ambo raso malu

Bosey ko drebaa bah dok mitok pitih haghi-haghi
Doh tambey hok bule lepah ngaa bule nih tok bayaa lagih
Bekali ambo ni hagah hai tok padey gak dengaa bodi
Ambo lopak tughun bah galah bek bejale kaki
Daghi kapon Changal ke Skoloh Menengoh Kamey
Sikik jale banyok benghungga ngaa airmato beliney-liney

Haghi-haghi lapaa jaghe benaa haghi kenye
Pitih pokek semenggu seghiyal pado wat beli baik ambo sipey
Haghi sekoloh umun keputuse es’ti’pi
Sain-sain maghi khumu dok pakak cuwenk dok pakak puji
Beley-beley senyun ambo tanyo bakpo gak nih
Sain kato hebaknyo mu keputuse mu tinggi sekali
Puah ayoh mikir nok caghi seghibu ghiyaa
Doh ambo keno panggey masuk ngaji di yu’ melaya’

Koghek habih tukey bawoh tuku celoh bataa
Jale yey terakhir tanoh sebutir tu ayoh juaa
Ambo tinggaa kapon denge beliney airmato
Sapaa Kualo Lupo tak dok waghih sedagho magho
Dengaa baju selaa sepunggon daftaa yu tahon tamo
India cino pakak likon kato budok daghak maghi mano

Ambo masuk yu ayoh pindoh ko guo musey
Ambo mengadak buku ayoh nebah tanoh hutey
Sedih becapo sayu ingak ko ayoh ambo soghe
Lo nih ambo gaji beghibu nok balah jaso ayoh tok padey

Nok bakit asal..ambo nok ghoyak titeh
Adek kakok kalu nok kenay sekali nih gak nyo buleh
Dighi ambo gelaa Halen Bin Yazid Bin Awang Teh
Asaa di kapon Changal dale jajahe pasey puteh

Lagu bangkit asal nie citer berkisar mengenai diri pencipta lagu tersebut iaitu Halim Yazid. Beliau menjadikan pengalaman hidupnya sebagai ilham untuk mencipta lagu. Beliau dilahirkan di daerah Pasir Puteh Kelantan. Beliau dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan, hanya menumpang buat rumah atas tanah hak milik orang lain.

Semasa berumur tujuh tahun, beliau memulakan persekolahan di sekolah rendah, kemudian meneruskan pengajian tingkatan satunya di Sekolah Mengah Tok Janggut Pasir Puteh.
Selepas menamatkan tingkatan 5 dengan memperolehi Gred 1 dalam peperiksaan SPM, beliau kemudiaanya meneruskan pengajiannya ditingkatan enam Sekolah Mengah Kamil. Jika dihayati lirik lagu yang ditulis beliau amat menyentuh hati, pelbagai perit jerih terpaksa beliau lalui dalam menempuhi alam persekolahannya. Namun beliau sungguh cekal, akhirnya beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam keputusan peperiksaan STPM, beliau diterima untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Walau pada ketika itu peluang belajar peringkat yang lebih tinggi kurang bagi masyarakat di luar bandar terutama di kampung- kampung, namun beliau telah membuktikan bahwa beliau mampu mengubah persepsi tersebut.

Melalui lagu ini jugak beliau turut menyatakan jerih perih ibubapanya mencari rezeki untuk menampung beliau belajar di universiti dan turut menampung adik- adiknya yang lain. Namun kesusahan yang dialami tersebut telah membakar semangatnya untuk terus belajar bersungguh dan seterusnya memperolehi segulung ijazah. Pada beliau, ijazah yang diperolehiny tersebut adalah hadiah paling berharga buat ibu dan bapanya.

Lagu yang dicipta beliau ini sangat berguna untuk memotivasi para pelajar supaya sentiasa berlajar bersungguh, capai cita- cita walau bagaimana cara sekalipun. Pelajaran boleh mengubah hidup seseorang untuk menjadi insan yang lebih berguna dan disanjung ramai.