CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 11, 2008

Pengajaran Dalam Dikir Barat

Anak Tupai (Halim Yazid)
Ado seko anok tupa,atah jula mokte,
kudung ekor perut lapa,jale cari make, (x2)
UlangKejadie tuhe,dipanggil namo tupa,
asalnyo dale hute,sejenis mamalia,
Kalu pakat jakkit kot dahe,diolah yang paling panda,
Jatuh jare jare,kerano dio tok soba,
Panda panda tupa nompat,jatuh tanoh jugok,
nok bui kaba ore jahat,jange tlajok manggok,(X2)
Ore jame aritu,pakat hambak tupa,
bimbe ko buoh kayu,takut dok de besar,
nyo durie duku,kalu de nya kerik tupa,
pendek tahun tu,nyo durie tok de nok jual,
Ore sekapung, tupa seko,berambat hari hari,
Nyo pakat likong, nyo pakat plekong,tupa tokleh lari (x2)
Takat bedil ado,tupa habih mati,
hok ni la sayo raso,kito sangat rugi,ulang
Kito maknusio,tinggi mano pun kito ngaji,
nok buat tupa seko,tetu skali doh tok jadi,
Lo ni kapung,atah pagar,jare buleh tengok,
bapok tupa, ibu tupa,jale bawok anok, (X2)
raso kesie sungguh,tengok seko anok tupa,
kerano tlajok kuruh,sapa tokleh nok niti pagar,
bulu bulu pun habih luruh,
airmato dera bera,
mari dale baruh,bekali keno rajuk pagar
Lagu anak tupai hasil karya Halim Yazid nie bukan sekadar untuk hiburan semata- mata, tetapi turut mempunyai mesej yang berguna kepada kehidupan dalam masyarakat kita sekarang ini. Mesej pertama yang ingin disampaikan dalam lagu ini ialah ingatan kepada masyarakat supaya jangan terlalu bertindak mengikut hawa nafsu. Ini kerana, sepandai- pandai tupai melompat akan jatuh ketanha juga, memberi makna selicik-licik mana pun orang yang melakukan perkara yang bermoral akhirnya akan diketahui juga. Sekiranya seseorang individu tersebut terlibat dalam gejala negatif seperti menyalahguna dadah, lumba haram, mencuri dan sebagainya akhirnya individu tersebut akan ditangkap jugak.
Mesej seterusnya yang dapat dikenal pasti terdapat dalam lagu nie ialah tentang keagungan ciptaan Allah SWT. Menurut pencipta lagu, walau setinggi manapun ilmu yang ada pada seseorang individu yang bergelar manusia, tetapi manusia tidak mampu untuk mencipta seekor tupai. Oleh itu sebagai manusia kita dinasihatkan supaya jangan menganggap tupai sebagia musuh dan jangan terlalu teruja untuk membunuh tupai keranan tupai juga ciptan Allh SWT yang unik dan berhak untuk sama- sama menghuni alam ciptan Allah.

0 comments: