CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 11, 2008

Patriotisme Melalui Dikir Barat

Patriotisme Dalam Dikir Barat

Dikir barat juga boleh digunakan sebagai medium untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat negara ini. Melalui persembahan dikir barat mesej patriotisme lebih terserlah dan lebih menarik kerana menggunakan bentuk persembahan tradisional.Ini kerana, di samping berhibur, kita boleh mendidik orang ramai terutamanya generasi muda tentang sejarah negara kita.
Dalam hal ini Juara dan Tukang Karut berpeanan untuk mepersembahakan puisi- puisi yang bercorak patriotisme yang unik agar mesej yang disampaikan pendikir itu diharap dapat diterima ramai dan mampu memupuk semangat cintakan negara.
Tambahan pada masa sekarang nie dikir barat bukan lagi dianggap kebudayaan orang Timur sahaja, tetapi dikenali sebagai seni budaya tradisional Malaysia.
Keunikkan budaya ini dapat digunakan untuk menyemai serta meningkatkan semangat cintakan negara dalam kalangan penonton terutamanya generasi muda.
Dibawah nie terdapat lirik lagu dikir barat oleh Cikgu Naim yang mempersoalkan erti kemerdekaan yang kita dapat, tetapi kebanyakan daripada masyarakt kita masih belum sedia menerima perubahan dan tidak bersedia untuk berubah menjadi lebih baik. Lirik lagu nie mempunyai baknyak maksud yang tersirat untuk anda semua fikirkan.
Dikir Barat: Dilema Melayu Kita
Nyanyian :Cikgu Naim
Apa erti kemerdekaan
Bagi umat Melayu kita
Tak boleh terima perubahan
Anak cucu berputih mata
Orang lain rebut peluang
Sanggupkah tengok saja
Masa tetap berjalan
sesaat tak tunggu kita
Dilema..Dilema...Dilema Melayu kita.
Bangsa lain hidup bersatu
Kita balah sama sekampung
Bangsa lain semakin maju
Bangsa kita masih mundur
Orang cakap percaya selalu
Hangguk kepala macam Jepun
Ikut stail dulu-dulu
Jadi katak bawah tempurung
Dilema...Dilema...Dilema Melayu kita.
Rumah orang rumah batu
Rumah kita rumah atap
Rumah orang pagar batu
Rumah kita pagar kawat
Rumah orang karpet baldu
Rumah kita tikar berkarat
Masa bekwah nyambut menantu
Patah gelegar cabut tukar
Dilema...Dilema...Dilema Melayu kita
Kereta orang kereta Mercedes
kereta kita Morris Minor
Kereta orang asap nipis
Kereta kita asap berbunga
Kereta orang hidup dengan suis
Kereta kita tolak sokmo
Beli baru pakai pitih
Beli beras pun hutang sokmo
Dilema...Dilema...Dilema Melayu kita
Anak orang naik kapalterbangA
nak kita naik teksi
Anak orang makan hotel
Anak kita kedai kopi
Anak orang jadi towkey
Anak kita jadi kuli
Habih pitih tengah bulan
Barang bini gadai lagi
Dilema...Dilema...Dilema Melayu
kitaAnak orang jadi peniaga
Anak kita jadi petani
Anak orang baju cap buaya
Anak kita baju guniAnak orang bahagia
Anak kita makin dok pening
Jadi mangsa dadah ganja
Jadi mangsa budaya kuning
Dilema...Dilema...Dilema Melayu kita
Anak orang baca buku
Anak kita duduk merap
Anak orang masuk U
Anak kita masuk lokap
Anak orang minum susu
Anak kita togok ubat
Macamana kita nak maju
Kalau tak boleh berubah sikap
Dilema...Dilema...Dilema Melayu kita
Anak orang dok masjid
Anak kita tepi jalan
Anak orang duduk beratib
Anak kita duduk gewey
Anak orang perangai baik
Anak kita serupa setan
Dok cari bala penyakit
Tok sah fikir fikir masa depan
Dilema...Dilema...Dilema Melayu kita.

2 comments:

Suaramuda said...

hai awak..peminat dikir barat betul ni...em bagus..kalau ada masa join la http://dikirbarat.net banyak lagi boleh ckp pasal dikir barat.net..nanti blh masuk forum

salam perkenalan
by koiry
http://suaramuda.blogspot.com
http://dikirbarat.net

cemilion said...

haii..
buleh berkira jugak cik nafisah ni dengan dikir barat..

takpe la.. saya bersetuju dengan suara generasi muda...

sekiranya cik nafisah nak sedap lagi masuk laa forum dikirbarat.net..

cari ambo Datuk D

jupa disana kita boleh bincang lanjut pasal dikir barat dan prinsipnye.. :) usaha yang bagus