CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, March 9, 2008

Ahli Kumpulan Dikir Barat


Ahli-Ahli Kumpulan Dikir Barat



Seni Warisan Dikir Barat dipersembahkan melalui kumpulan.

Dalam setiap kumpulan dikir barat terdiri daripada seorang tukang karut, seorang juara dan beberapa orang awok- awok.


Tukang Karut


Orang yang penting dalam pasukan dikir barat . Tugasnya ialah bersyair dan berpantun.Idea, isi bahasa dan persolan yang ada dalam puisi bergantung kepada selera tukang karut itu sendiri. Tetapi biasanya idea yang disampaikan adalah secara sportan. Bagi persembahan untuk pertandingan tukang karut diberikan tema tertentu seperti “kemerdekaaan” atau sebagainya. Tukang karut secara spontan harus menyapaikan syair bertemakan tajuk yang diberikan. Biasanya seorang yang ingin menjadi tukang karut mestilah seorang yang kreatif. Kebolehan menjadi tukang karut tidak dimiliki oleh semua orang, kerana hanya individu tertentu sahaja mempunyai bakat tersebut. Tukang karut akan berinteraksi dengan penonton menerusi gelagatnya.Antara barisan tukang karut yang terkenal ialah Seman Wau Bulan, Awang Ikan Duyung dan lain ramai lagi.



Juara ( Tok Juara)


Juara orang kedua penting dalam kumpulan dikir barat. Tugas Juara adalah berdikir sebelum tukang karut mengarut. Juara hanya berdikir sambil duduk semasa persembahan dikir barat dipersembahkan.Tetapi jika seseorang Juara tu memiliki suara yang merdu secara tak langsung dapat menaikkan semangat tukang karut dan awok-awok dalam kumpulan.



Awok- Awok


Terdiri antara 15 hingga 20 orang, dan biasanya mereka dari golongan muda-mudi. Awok-awok berdikir untuk melahirkan suara latar atau korus bagi persembahan dikir barat. Mereka akan mengikut lagu yang didendangkan oleh Juara. Awok-awok juga akan mempersembahkan gerak badan tertentu untuk menarik perhatian penonton semasa dikir barat dipersembahkan.

0 comments: