CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 11, 2008

Dikir Barat Di Institusi Pengajian Tinggi

Dikir Barat
Seni Teater Warisan Melayu Dikir Barat semakin popular dipersembahkan dalam sebarang acara khas di institusi- institusi pengajian tinggi tempatan kini. Pelajar- pelajar institusi pengajian tinggi semakin berminat untuk menyertai pasukan dikir barat kerana selain memberi hiburan dikir barat boleh merapatkan hubungan antara ahli-ahlinya. JIka dulu persembahan dikir barat hanya digemari oleh petani- petani dikampung tetapi kini, Dikir BArat telah dapat diterima di institusi pengajian tinggi.

Ini terbukti kerana terdapat banyak institusi pengajian tinggi telah menghantar wakil untuk menyertai pelbagai pertandingan dikir barat baik diperingkat negeri mahupun peringkat kebangsaan. JIka dahulu Dikir BArat sekadar untuk hiburan, namun kini dengan penglibatan para pelajar institusi pengajian tinggi dikir barat dilihat sebagai satu saluran untuk meyampaikan mesej yang dapat memberi pengajaran kepada masyarakat umum. Contohnya mengenai kepentingan mengamalkan "Budi Bahasa Dalam Masyarakat", "Semangat Patriotisme Kepada Negara" dan sebagainya.

Selain itu dikir barat juga boleh dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris. Penglibatan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan penggunaan Bahasa Inggeris dalam persembahan dikir barat adalah satu untuk menjadikan dikir barat sebagai satu budaya negara yang diminati semua kaum. Ini bagi membolehkan nilai- nilai positif yang ada dalam budaya atau seni Dikir Barat boleh dikongsi dan seterusnya boleh diterima oleh semua kaum yang ada dalam negara kita.

0 comments: