CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 5, 2008

Alat Muzik Dalam Dikir Barat

Alat Muzik Dalam Dikir Barat

Mulo- mulo dulu dikir barat guno satu alat adiofon jer... iaitu kecerek benda tue asal dari keping-keping buluh yang diketuk bersama untuk menghasilkan rentak irama dikir barat. Diorang tak payah tepuk tangan tapi kene letak duo belah tangan di pipi nak kasi kuat soro.
Tapi skang dikir barat guna ensembel. Alat- alat banyak sperti tetawak, dua biji rebana (ibu dan anak), sepasang rumbia (marakas), canang dan kerci. Alat muzik nie di plih juara yang reka rentak tuk seseutu dikir bara. Kat bawah nei antara alat- alat yang aku dapar cari maksud n kegunaannye........








Tetawak







Tetawak atau gong diperbuat daripada tembaga hitam dengan bingkai yang besar. Bila hendak digunakan , tetawak digantung pada ‘stand’ atau pengangkut kayu atau bumbung pentas. Jong (juru) gong akan duduk bersila di sisi tetawak dan memukul busutnya untuk menghasilkan bunyi. Bunyi pukulan tetawak lebih tinggi daripada gong. Dalam persembahan, tetawak diletakkan di bahagian tepi barisan belakang satu-satu kumpulan dikir barat.







Rebana







Rebana adalah alat membran semuka dan kulit mukanya diperbuat daripada kulit kambing. Apabila dimainkan, rebana itu diletakkan di atas tapak kaki pemainnya yang duduk bersila. Lutut kanan pemain dimasukkan ke dalam buluh rebana sehingga mencecah kulit muka untuk menghasilkan bunyi yang lebih nyaring. Untuk menegangkan kulit rebana digunakan kayu baji yang diletakkan di bawah buluh rebana dan juga seutas rotan kecil sebagai penyedak.









Marakas



Sepasang Marakas juga digunakan dalam persembahan dikir barat. Ia biasanya dibuat daripada kayu atau plastik dan tempurung kelapa. Kayu yang digunakan dilarik, dilicinkan dan dibentuk bulat seperti bola. Di dalamnya dimasukkan biji-biji batu kecil, untuk menghasilkan bunyi. Kayu pemegang dipasang untuk memudahkan pemain memainkannya.

0 comments: